Pendahuluan

Koleksi Energ dihasilkan mengikut keselesaan pemakai di samping objektifnya untuk memberi lebih pilihan bagi muslimah mendapatkan kesempurnaan dalam berpakaian yang menutup aurat. Pemilihan material koleksi Energ terdiri daripada kain kapas yang bermutu tinggi, meregang (stretchable), dan berupaya menyerap peluh. Potongan Energ direka khusus untuk tidak menonjolkan bentuk badan. Justeru itu, pelbagai peringkat saiz dari S, M, L, dan XL disediakan bagi menepati ciri-ciri tersebut.

Selain mempunyai potongan yang selesa, koleksi Energ juga dihasilkan dengan pelbagai pilihan warna dan corak pada baju mengikut kesesuaian supaya menambahkan seri si pemakai tanpa menonjolkan bentuk badan dan yang utama untuk mereka kelihatan bersederhana dalam berpakaian.

Selain daripada itu, koleksi Energ juga direka khusus supaya selesa dipakai sama ada di dalam mahupun di luar rumah, malah material yang digunakan juga selesa untuk dipakai di dalam ruang yang tidak berhawa dingin.

  • Barangan yang dibeli tidak boleh dipulangkan KECUALI terdapat kerosakan seperti koyak, kotor atau lain-lain mengikut budi bicara pihak Energ.
  • Penukaran perlu dimaklumkan kepada Energ dan hanya dibenarkan dalam masa 3 hari selepas barang diterima.
  • Pelanggan hanya perlu memilih koleksi Energ yang dihajati. Selebihnya kami akan pastikan koleksi Energ yang dibeli sampai kepada anda tanpa sebarang masalah...InsyaAllah.

    Sudi-sudikan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

About this blog