Pendahuluan

Koleksi Energ dihasilkan mengikut keselesaan pemakai di samping objektifnya untuk memberi lebih pilihan bagi muslimah mendapatkan kesempurnaan dalam berpakaian yang menutup aurat. Pemilihan material koleksi Energ terdiri daripada kain kapas yang bermutu tinggi, meregang (stretchable), dan berupaya menyerap peluh. Potongan Energ direka khusus untuk tidak menonjolkan bentuk badan. Justeru itu, pelbagai peringkat saiz dari S, M, L, dan XL disediakan bagi menepati ciri-ciri tersebut.

Selain mempunyai potongan yang selesa, koleksi Energ juga dihasilkan dengan pelbagai pilihan warna dan corak pada baju mengikut kesesuaian supaya menambahkan seri si pemakai tanpa menonjolkan bentuk badan dan yang utama untuk mereka kelihatan bersederhana dalam berpakaian.

Selain daripada itu, koleksi Energ juga direka khusus supaya selesa dipakai sama ada di dalam mahupun di luar rumah, malah material yang digunakan juga selesa untuk dipakai di dalam ruang yang tidak berhawa dingin.

  • Barangan yang dibeli tidak boleh dipulangkan KECUALI terdapat kerosakan seperti koyak, kotor atau lain-lain mengikut budi bicara pihak Energ.
  • Penukaran perlu dimaklumkan kepada Energ dan hanya dibenarkan dalam masa 3 hari selepas barang diterima.
  • Pelanggan hanya perlu memilih koleksi Energ yang dihajati. Selebihnya kami akan pastikan koleksi Energ yang dibeli sampai kepada anda tanpa sebarang masalah...InsyaAllah.

    Sudi-sudikan...

BAJU KURUNG MODEN

BAJU KURUNG MODEN

Baju Kurung Moden kembali semula di persada fesyen tempatan. Mempunyai ciri-ciri asas potongan blouse. Dua pasang baju kurung berlainan warna telah pun selamat ke tangan tuannya. Hanya contoh baju menjadi ukuran. Sebenarnya mengambil ukuran sedemikian rupa memang mencabar.

SAIZ

  • S - M = RM65
  • L - XL=RM90

BAJU KURUNG RIAU

BAJU KURUNG RIAU

Baju kurung Riau kami adalah seperti baju kurung PAHANG TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yg terbahagi kepada 2 bahagian aka pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang . Pesak unt baju kurung riau ini adalah kembang dibahagian bawah .Baju ini amat sesuai unt org yg bertubuh kurus mahupun gempal .Disamping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahgian punggung .

SAIZ

BATIK LELAKI

BATIK LELAKI


Energy Collection menyediakan pakaian & busana batik dengan rekaan kontemporari. Memberikan alternatif rekaan bagi mereka yang berjiwa moden dengan tetap mempertahankan nilai-nilai tradisional. Model dan rekaan busana batik yang selalu kami pembaruan dengan motif batik yang beraneka ragam memberikan pilihan yang lebih untuk anda.
SAIZ :
  • S-M=RM60
  • L-XL=RM90

BLAUS


BLAUS
Fesyen Blaus Muslim Formal dengan harga MURAH!!!. Blaus dari jenis 100% cotton, tidak panas, tidak jarang dan selesa. Blaus ini didatangkan khas dari Indonesia Panjang Blaus menutupi punggung dan sesuai untuk anda yang sentiasa menjaga penampilan muslim. Cantik dan sesuai untuk bergaya formal atau pakaian ke pejabat.

SAIZ :

  • S-M=RM45
  • L-XL=RM80

PAKAIAN KANAK-KANAK LELAKI

BAJU KANAK- KANAK
LELAKI
.
Baju kanak-kanak lelaki yang bergaya untuk lingkungan 5 hingga 7 tahun berwarna hijau kuning.
UMUR :
  • 5-7 = RM35
  • 8-10=RM50
  • PAKAIAN KANAK-KANAK PEREMPUAN

    BAJU KANAK- KANAK PEREMPUAN


    Baju kanak-kanak perempuan yang bergaya untuk lingkungan 5 hingga 7 tahun berwarna merah jambu.
    UMUR :
    • 5-7 TAHUN = RM 35
    • 8-10 TAHUN=RM 50

    BAJU KEBAYA

    Baju Kebaya Labuh

    Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.

    SAIZ :

    • S-M=RM75

    • L-XL=RM90

    Cara Pembayaran

    • Pembayaran hendaklah dijelaskan selepas pengesahan pembelian dibuat.
    • Pembayaran boleh dibuat melalui online banking/telegraphic transfer/atau mana-mana yang bersesuaian.
    • Maklumat akaun hanya akan diberi kepada anda untuk tujuan pembayaran
    • Untuk memudahkan semakan dibuat, Semua pembayaran yang telah dibuat hendaklah dimaklumkan kepada kami melalui email kami di energycollection09@gmail.com.
    • Paling penting , sertakan alamat destinasi barang tersebut hendak dikirim.

    Pengiriman


    • Pengiriman akan dilakukan setelah pengesahan pembayaran dibuat.
    • Kami menguruskan kiriman pada setiap hari bekerja dan dalam keadaan biasa, barang akan dikirim pada hari yang sama pengesahan diterima.
    • Kami menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar untuk kiriman biasa secara percuma.
    • Caj tambahan RM5.00 pada kadar rata dikenakan terhadap barang yang dipilih oleh pembeli untuk dikirim dengan kadar segera melalui Poslaju Berhad bagi kiriman kurang dari 1 kg sahaja. Barangan akan diterima sehari selepas urusan pos dibuat bergantung pada destinasi penerima.
    • Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan/kehilangan barangan semasa urusan pos dilakukan.
    • Bagi pelanggan dari Malaysia Barat, kos kiriman akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka, Energ menawarkan harga sama tanpa caj tambahan pada harga belian. Bagi kiriman melalui Poslaju caj kadar rata RM10.00 sahaja dikenakan bagi kiriman kurang dari 1 kilogram. Semoga anda selesa berurusan dengan kami di Energ.

    Membeli Koleksi Energ


    Syarat Pembelian :-

    • Tempahan dibenarkan bagi tempoh 3 hari bekerja sahaja. Sila buat tempahan pada setiap hujung bulan bagi memudahkan urusan pembelian
    • Setiap tempahan tidak memerlukan deposit, tetapi pihak Energ berhak membatalkan tempahan yang tidak disahkan pembelian selepas 3 hari bekerja tanpa memaklumkan kepada pelanggan tersebut.

    About this blog